Rumah Penyayang Hembusan KasturiRumah Penyayang Hembusan KasturiRumah Penyayang Hembusan KasturiRumah Penyayang Hembusan KasturiRumah Penyayang Hembusan Kasturi  
 
  PENGENALAN | INFO | PENGGERAK | MESEJ & PRINSIP | AKTIVITI | PELAN PEMBANGUNAN | KEWANGAN  
  Home Ctc
 
 
 

Rumah Penyayang Hembusan Kasturi

Lot 53958 ,Jalan Tanjung Shawal Off Jalan Keretapi Lama ,
Batu 3 Jalan Kapar ,
42100 Klang ,
Selangor Darul Ehsan.

Hj Zubir: +6012-3886304
Hjh Maryam: +6016-3313504

Hulurkan Derma Kpd RHPK

Makan Malam Amal


   
 

Pengenalan

Membawa mesej : Sebuah keluarga besar yang bernaung dibawah satu nama dengan satu ikatan kasih sayang dan kekeluargaan yang tinggi bagaikan satu keluarga dari  ibu dan ayah yang sama.

Menjadi platform atau penghubung untuk mempertemukan  di antara para dermawan dengan golongan yang susah  dan memerlukan pertolongan.

Tempat menjana insaniah dan minda yang cemerlang agar mampu merubah nasib diri, keluarga dan masyarakat. Peka dengan penderitaan orang lain.

Saling berkasih sayang dan mengambil berat dan bersungguh-sungguh untuk membaiki prestasi diri di atas    prinsip-prinsip berikut:

  • Mendekatkan diri dengan Allah dan bersangka baik denganNya kerana Dialah sebaik-baik pembela, pemberi rezeki dan amat belas kasihan kepada semua makhluk ciptaanNya.
  • Tidak merasa kesal dengan takdir yang ditentukan Tuhan kerana ada yang lebih bernasib malang dari kita.
  • Sentiasa bekerjasama dalam memotivasikan diri agar lebih optimis untuk menempa kejayaan di masa depan.
  • Berbekalkan pengalaman hidup yang susah, menjadi pemangkin kepada setiap diri untuk turut sensitif dengan kesusahan orang hingga terdorong untuk turut membantu sedaya yang ada.
  • Sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dianugerahkan dan redha dengan nasib yang ditakdirkan ke atasnya kerana yakin ada jutaan hikmah dan kebaikan yang tersembunyi disebalik setiap yang berlaku dan itulah tanda sedang berada di dalam kasih sayang dan perhatian Tuhan.
  • Amal - walau banyak mana amal dan kebaikan yang telah dilakukan oleh seseorang, belum tentu ianya diterima di sisi Tuhan, untuk itu Rumah Penyayang Hembusan Kasturi menjadi satu lagi alternatif untuk sesiapa yang ingin menambahkan amal dan membuat kebajikan. Sesungguhnya di antara sifat orang bertaqwa itu semakin dia berbuat baik semakin dia terasa dirinya tidak berbuat satu kebaikan pun.