Rumah Penyayang Hembusan KasturiRumah Penyayang Hembusan KasturiRumah Penyayang Hembusan KasturiRumah Penyayang Hembusan KasturiRumah Penyayang Hembusan Kasturi  
 
  PENGENALAN | INFO | PENGGERAK | MESEJ & PRINSIP | AKTIVITI | PELAN PEMBANGUNAN | KEWANGAN  
  Home Ctc
 
 
 

Rumah Penyayang Hembusan Kasturi

Lot 53958 ,Jalan Tanjung Shawal Off Jalan Keretapi Lama ,
Batu 3 Jalan Kapar ,
42100 Klang ,
Selangor Darul Ehsan.

Hj Zubir: +6012-3886304
Hjh Maryam: +6016-3313504

Hulurkan Derma Kpd RHPK

Makan Malam Amal


   
 

Aktiviti & Perkhidmatan

  • Menerima anak-anak yatim, fakir miskin dan golongan yang perlukan pembelaan seperti ibu tunggal, golongan yang teraniaya dan golongan yang layak menerima zakat. Mendaftarkan mereka dan membantu menyelesaikan masalah mereka sedaya upaya.
  • Menjalinkan kerjasama dengan mana-mana syarikat agar mereka boleh memberi latihan kemahiran atau menawarkan pekerjaan kepada anak-anak yatim yang telah dewasa, atau golongan yang susah yang ingin menyara keluarga mereka. Para penyumbang yang kebanyakannya memiliki syarikat sendiri akan dimaklumkan dan dirujuk jika ada permintaan dari mereka yang susah untuk mendapatkan pekerjaan.
  • Menjadi pusat agihan bantuan berupa barangan keperluan asas kepada golongan yang anak yatim, fakir miskin, ibu tunggal dan mereka yang layak menerima zakat yang berdaftar dan menjadi ahli Rumah Penyayang Hembusan Kasturi. Stok makanan yang disumbangkan kepada RPHK bukan sahaja untuk kegunaan asrama ini tetapi akan diagih-agihkan pula kepada orang-orang susah di luar sana.
  • Menjalankan aktiviti perniagaan yang bersesuaian untuk menambahkan dana bagi menampung keperluan Rumah Penyayang Hembusan Kasturi .
  • Menganjurkan Majlis-majlis Amal dan jualan amal bagi tujuan mengumpul dana.
  • Mengadakan kelas fardhu ain, motivasi dan kaunseling untuk dewasa dan kanak-kanak secara percuma.
  • Mengadakan kelas tuisyen, kelas komputer, kelas bahasa Inggeris untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan kemahiran tambahan di dalam menguasai era IT. Kerjasama dengan sukarelawan yang telah dikenalpasti akan membantu menjayakan kelas-kelas ini di waktu hujung minggu atau cuti umum.
  • Lawatan sambil memberi bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik dari rumah ke rumah.
  • Mengadakan Lawatan sambil belajar, percutian dengan mencari penaja untuk memberi peluang mereka berhibur dan berekreasi sambil mendapat pengisian rohani untuk membangunkan jiwa mereka.
  • Membantu mendapatkan dana bagi menampung kos rawatan untuk anak-anak yatim dan miskin yang menghadapi masalah kesihatan tetapi tidak mendapat rawatan yang sempurna kerana masalah kewangan.